Teknik Menukar Bahasa Melayu Klasik Kepada Bahasa Melayu Moden
Bersama: CIKGU YUS BAHASA MELAYU KOLEJ VOKASIONAL STANDARD KANDUNGAN: 4.1 : Memahami dan mengapresiasi karya STANDARD PEMBELAJARAN: 4.1.1 : Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan respon peribadi yang sesuai terhadap karya CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK i. MORFOLOGI Pengaruh bahasa Arab yang ketara Penggunaan bahasa istana (gering, santap, beradu) Kosa kata klasik (berahi, ceritera, masyghul) Penggunaan kata pangkal ayat (Adapun, Alkisah, Hatta) ii. SINTAKSIS Penggunaan ayat majmuk - ayat panjang kerana menggunakan banyak kata hubung Ayat bersusunan songsang Penggunaan ayat pasif PANDUAN MEMAHAMI / PROSES MENUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KEPADA BAHASA MELAYU STANDARD (BMS) Baca keseluruhan teks BMK untuk memahami dan mendapatkan jalan ceritanya. Gariskan perkataan-perkataan bahasa klasik yang dapat ditukarkan. Abaikan kata pangkal ayat seperti Hatta, Maka, Sebermula. Kekalkan perkataan seperti nama tempat, dan nama orang (watak). PANDUAN MEMAHAMI / PROSES MENUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KEPADA BAHASA MELAYU STANDARD (BMS) Kekalkan kata ganti nama dan jawatan. Kekalkan bahasa istana seperti baginda, tuanku, sembah dan sebagainya. Jangan tukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah / bentuk laporan. Kenal pasti ciri-ciri BMK yang perlu digugurkan atau dibetulkan. CONTOH SOALAN Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standadrd tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke Benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu meyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang. KAEDAH KGKT K - KERAT : Kerat petikan untuk kenal pasti berapa ayat yang ada dalam petikan G - GUGUR : Gugurkan perkataan klasik K - KEKAL : Kekalkan bahasa istana T - TUKAR : Tukar perkataan atau frasa yang tidak gramatis KERAT Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke Benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu meyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang. GUGUR Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke Benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu meyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang. KEKAL Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke Benua Siam. Raja Benua Siam terlalu marah, lalu meyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang. TUKAR Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke Benua Siam. Raja Benua Siam terlalu marah, lalu meyuruh berlengkap akan (bersiap sedia) menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. (ramai) Dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalangnya, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya (ramai), berjalan (melalui jalan) darat terus ke hulu Pahang. JAWAPAN LENGKAP Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke Benua Siam. Raja Benua Siam terlalu marah, lalu meyuruh bersiap sedia menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu ramai Dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalangnya, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu ramai, berjalan melalui jalan darat terus ke hulu Pahang.
0%0% menganggap dokumen ini bermanfaat, Tandai dokumen ini sebagai bermanfaat
0%0% menganggap dokumen ini tidak bermanfaat, Tandai dokumen ini sebagai tidak bermanfaat
Nhật Bản-Indonesia ứng dụng dịch - miễn phí và dễ sử dụng. Bạn có thể dịch văn bản và thư từ Nhật Bản tới Indonesia và từ Indonesia sang Nhật Bản trở lại trong. Bạn có thể sử dụng chuyển đổi này tại nơi làm việc, trường học, hẹn hò, khi đi du lịch hoặc trong một chuyến công tác để cải thiện khả năng để làm chủ hai ngôn ngữ, bạn cũng có thể sử dụng như một công cụ chuyển đổi của Nhật Bản-Indonesia và Indonesia-Nhật Bản, phiên dịch, từ điển.
Lần cập nhật gần đây nhất